Thursday 7 August 2014

Perjalanan Hamba

Alhamdulillah, ya Allah..syukur di atas nikmat ini. Engkau masih memberi aku kesempatan untuk terus menjadi pencinta Mu ya Allah...terima kasih ya Allah...

BAHAGIAKU TIDAK TERKATA ^^

***

Allah peduli tanda Allah sayang pada kita. Alhamdulillah. Perjalananku sebagai seorang hambaNya memang terus diuji. Namun ujian itu tidak terlihat dengan mata kasar. Hati yang merasai dugaan dan ujian ini terus mengharapkan pertolongan daripada Allah, terus mengharapkan rahmat Allah dalam setiap liku-liku ujian yang aku hadapi. 

Aku juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada digoda. Aku juga manusia biasa tidak terlepas daripada berbuat dosa. Sungguh terbukti bahawa manusia tiada upaya, lemah dengan godaan. Kerana itulah perlunya berdoa. Doa itukan senjata mukmin. InsyaAllah Allah akan membantu hamba-hambaNya yang sentiasa mengharapkan pertolonganNya. 

Perjalanan sebagai hamba memang tidak indah tanpa diduga. Kerana itu Allah menguji setiap hambaNya yang beriman. Allah ingin menguji sejauh manakah tahap kebergantungan setiap hamba kepadaNya. AllahuRabbi. Aku tidak kuat tanpaMu Ya Allah. 

Setiap yang berlaku telah ditakdirkan ke atas kita, yang baik, mahupun yang buruk. Namun kita masih ada senjata untuk memohon pada Allah agar ditakdirkan perkara yang baik ke atas kita. Namun kita tiada kuasa untuk menafikan takdir yang telah Allah tetapkan ke atas kita, kerana Dia Maha Mengetahui yang mana terbaik dalam kehidupan kita. 

Oleh itu, bersyukurlah di atas setiap yang berlaku. Senyumlah di saat kita menghadapi ujian, agar kita dapat mengecapi redha dalam setiap dugaan yang Allah beri. Allah mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Bersangka baiklah... AllahuAkbar!!!


No comments:

Post a Comment