Thursday 7 August 2014

Hamba Hina

Apakah Engkau memarahi aku?..aku tahu..aku bukanlah yang terbaik, namun aku berusaha menjadi yang terbaik...bantulah aku ya Allah..janganlah aku dipandang hina, kerana aku sedar aku sememangnya hambaMu yang hina..

***

Sememangnya manusia itu tidak terlepas daripada diduga. Manusia tidak terlepas daripada berbuat dosa. Namun, sebagai manusia, kita tidak boleh kalah dengan godaan. Kita harus bangkit, terus menerus memohon agar Allah menerima kita. Kita tidak boleh berputus asa dengan rahmat Allah, walaupun kita telah melakukan dosa kepadaNya. Allah itu Maha Pengampun. Setelah kita sedar daripada kesilapan kita, mohonlah pengampunan kepada Allah. Mintalah kepadaNya pengampunan seikhlas hati. dan berazamlah agar terus istiqamah dalam mencari maghfirahNya. 

Semoga Allah menerima setiap amal ibadah kita semua... Amin... 


Allah peduli tanda Allah sayang. Jangan dikesali apa yang telah ditakdirkan Allah kepada kita kerana Allah tahu apa yang terbaik buat kita. Allah datangkan ujian dan dugaan untuk menguji hamba-hambaNya yang beriman. Allah beri kita kesedihan, dan Dialah juga yang memberi kita kebahagiaan. Berdoalah kepadaNya agar kita sentiasa dalam redhaNya. Tiada kesusahan yang tidak disusuli dengan kesenangan.

 Bersangka baiklah dengan PenciptaMu.

 AllahuRabbi. 

AllahuAkbar!!!

No comments:

Post a Comment