Monday 25 August 2014

Sabarlah duhai hati...

sedangkan lidah lagi tergigit... inikan pula hubungan yang baru ingin dimulai. tak semua kisah dalam tempoh pertunangan itu semuanya indah. setiap hambaNya berlainan ujiannya. Allah itu tahu apa yang termampu dipikul oleh setiap hambaNya. 

aku juga akui, ada perselisihan yang berlaku antara aku dan dia. ya Allah, lagi dekat hari yang dinanti itu tiba, makin hebat ujian yang kami hadapi. kalau dilihat kembali, bukanlah disebabkan hal-hal yang besar, semuanya disebabkan oleh hal-hal kecil. dan yang paling aku kecewa sekali, semuanya aku yang mulakan dulu. 

semakin lama perasaan aku terhadap tunang aku berubah, dari awal perkenalan kami, hinggalah kini. aku semakin sensitif. aku cepat tersinggung, sentap. terasa hati, dan bagai-bagai lagi lah. kalau ada je perkataan yang disebut tak kena dengan aku, mula lah aku tarik muka, masam mencuka dan marah-marah. memang hobi aku ni suka marah orang ke ape???

ya Allah, sungguh Dia berikan aku tunang yang sangat penyabar. terima kasih ya Allah. ya, dia selalu nasihatkan aku, "awak, sabar. jangan cepat marah". aku diam seribu bahasa. namun, aku tetap juga selalu memarahi dia. ada je benda yang buatkan aku rasa nak marah. biasalah, apa yang perempuan fikir, tak sama dengan fikiran perempuan. kita ckp lain, dia faham lain. bila dah tak sabar, tu yang hangin satu badan. adoyai. 

kepada encik tunang, saya minta awak bersabar dengan kerenah saya yang ibarat cuaca ni. kadang2 cerah, kadang2 mendung, kadang2 hujan lebat, kadang2 ada pelangi, kadang2 berangin, kadang2 panas, kadang2 sejuk. hihi, byk pula kadang2 ye.. "awak, maaf ye. perselisihan itu asam garam kehidupan dan ini bukan penamat cerita kita. cerita kita baru nak bermula. sentiasalah berdoa pada Allah, agar hubungan kita ini sentiasa disinari cahaya cinta Allah yang Maha Esa, insyaAllah. Amin..." 

menghitung hari yang bakal tiba, semoga Allah permudahkan segala. ^_^

...cinta tak pergi...

p/s: kpd mr. husband to be, dgr lgu ni klau ad kesempatan... ( mcm la dia perasan kewujudan blog aku ni ) hii ^_^

A&A




Monday 18 August 2014

Cukup Kau Untukku

Assalamualaikum..
tetibe, pagi tadi, terdengar lagu ni dekat radio ikim.fm. bila dengar je suara ni, memang kenal la sape yang nyanyi, naimul helmi dari kumpulan mirwana tu, bekas anggota kumpulan far-east. ok, then, i pun cari la lagu ni dekat youtube. apa lagi, layan la lagu ni. best kan?...

^_^

***

sungguh aku cinta padaMu
 dengan sepenuh hatiku
 tiap saat tiap waktu
 karena sungguh diriMu begitu sempurna
 Kau lengkapi hidup ini dengan kata yang terindah
 tentang cintaKu bisikan pada angin berlalu
 membawa pergi rindu membara
 ku lakarkan cinta pada langit bertintakan awan
 seluruh hidupku
 engkau yang Satu
 hingga matiku
 semua yang ada menjadi saksi
 Cukup Kau Untukku

***

AllahuRabbi







Thursday 7 August 2014

Perjalanan Hamba

Alhamdulillah, ya Allah..syukur di atas nikmat ini. Engkau masih memberi aku kesempatan untuk terus menjadi pencinta Mu ya Allah...terima kasih ya Allah...

BAHAGIAKU TIDAK TERKATA ^^

***

Allah peduli tanda Allah sayang pada kita. Alhamdulillah. Perjalananku sebagai seorang hambaNya memang terus diuji. Namun ujian itu tidak terlihat dengan mata kasar. Hati yang merasai dugaan dan ujian ini terus mengharapkan pertolongan daripada Allah, terus mengharapkan rahmat Allah dalam setiap liku-liku ujian yang aku hadapi. 

Aku juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada digoda. Aku juga manusia biasa tidak terlepas daripada berbuat dosa. Sungguh terbukti bahawa manusia tiada upaya, lemah dengan godaan. Kerana itulah perlunya berdoa. Doa itukan senjata mukmin. InsyaAllah Allah akan membantu hamba-hambaNya yang sentiasa mengharapkan pertolonganNya. 

Perjalanan sebagai hamba memang tidak indah tanpa diduga. Kerana itu Allah menguji setiap hambaNya yang beriman. Allah ingin menguji sejauh manakah tahap kebergantungan setiap hamba kepadaNya. AllahuRabbi. Aku tidak kuat tanpaMu Ya Allah. 

Setiap yang berlaku telah ditakdirkan ke atas kita, yang baik, mahupun yang buruk. Namun kita masih ada senjata untuk memohon pada Allah agar ditakdirkan perkara yang baik ke atas kita. Namun kita tiada kuasa untuk menafikan takdir yang telah Allah tetapkan ke atas kita, kerana Dia Maha Mengetahui yang mana terbaik dalam kehidupan kita. 

Oleh itu, bersyukurlah di atas setiap yang berlaku. Senyumlah di saat kita menghadapi ujian, agar kita dapat mengecapi redha dalam setiap dugaan yang Allah beri. Allah mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Bersangka baiklah... AllahuAkbar!!!


Hamba Hina

Apakah Engkau memarahi aku?..aku tahu..aku bukanlah yang terbaik, namun aku berusaha menjadi yang terbaik...bantulah aku ya Allah..janganlah aku dipandang hina, kerana aku sedar aku sememangnya hambaMu yang hina..

***

Sememangnya manusia itu tidak terlepas daripada diduga. Manusia tidak terlepas daripada berbuat dosa. Namun, sebagai manusia, kita tidak boleh kalah dengan godaan. Kita harus bangkit, terus menerus memohon agar Allah menerima kita. Kita tidak boleh berputus asa dengan rahmat Allah, walaupun kita telah melakukan dosa kepadaNya. Allah itu Maha Pengampun. Setelah kita sedar daripada kesilapan kita, mohonlah pengampunan kepada Allah. Mintalah kepadaNya pengampunan seikhlas hati. dan berazamlah agar terus istiqamah dalam mencari maghfirahNya. 

Semoga Allah menerima setiap amal ibadah kita semua... Amin... 


Allah peduli tanda Allah sayang. Jangan dikesali apa yang telah ditakdirkan Allah kepada kita kerana Allah tahu apa yang terbaik buat kita. Allah datangkan ujian dan dugaan untuk menguji hamba-hambaNya yang beriman. Allah beri kita kesedihan, dan Dialah juga yang memberi kita kebahagiaan. Berdoalah kepadaNya agar kita sentiasa dalam redhaNya. Tiada kesusahan yang tidak disusuli dengan kesenangan.

 Bersangka baiklah dengan PenciptaMu.

 AllahuRabbi. 

AllahuAkbar!!!